Sunday, April 17, 2011

Lawatan Sambil Belajar ke Taman Alam Kuala Selangor

Semua pelajar bersiap-sedia dengan peralatan masing-masing.

Teacher Alice bersemangat untuk memulakan aktiviti

Amboi, sungguh tekun mereka mendengar penerangan yang diberikan!

Sesi bergambar sebentar

Tanam jangan tak tanam!



Masing-masing begitu teruja untuk menanam anak pokok bakau


Tarikh : 10 Julai 2010
Masa  :  7 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Taman Alam Kuala Selangor




 Seramai 135 orang pelajar Tingkatan 5 telah menjalankan aktiviti menanam anak pokok bakau.
Aktiviti ini mengajar para pelajar mengenai pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan hutan paya bakau. Selain itu, para pelajar juga didedahkan mengenai profil dan jenis tumbuhan serta jenis haiwan yang boleh didapati di hutan paya bakau ini. Melalui aktiviti ini, ianya telah meningkatkan kesedaran dalam diri pelajar untuk menyayangi dan menghargai alam sekitar.

No comments:

Post a Comment