Wednesday, July 20, 2011

KAEDAH MEMBUAT SABUN DARIPADA MINYAK MASAK TERPAKAI

BAHAN-BAHAN
  • 1 L minyak masak
  • 120 gram natrium hidroksida
  • 400 mL air
  • Pewangi
  • Pewarna

LANGKAH 1
  • Tapis minyak utk membuang kotoran.
  • Campurkan NaOH dalam air & kacau sehingga larut.

LANGKAH 2
  • Sejukkan larutan selama lebih kurang 15 minit.

LANGKAH 3
  • Campurkan larutan  ke garam dalam minyak masak & kacau sehingga campuran menjadi likat.

LANGKAH 4
  • Masukkan pewangi & pewarna bagi menjadikan sabun lebih kelihatan menarik & berbau wangi.

LANGKAH 5
  • Masukkan campuran ke dalam acuan & biarkan ia membeku.

SABUN YANG TELAH SIAP
  • Boleh digunakan selepas disimpan untuk proses pembekuan selama 3 ~ 4 minggu.

LANGKAH BERJAGA-JAGA
  • Gunakan sarung tangan ketika mengendalikan NaOH (caustic soda). Jika larutan terkena tangan basuh dengan air yang banyak atau menggunakan cuka.
  • Jangan guna semula bekas NaOH utk meletak makanan (manusia/binatang).
  • Jangan gunakan bekas aluminium ketika mengendalikan garam.

TIPS BERGUNA
  • Untuk menjadikan sabun lebih berbuih, tambahkan 1 atau 2 sudu kecil gula ke dalam campuran sebelum ianya dibekukan.

No comments:

Post a Comment